Featured Posts

March 5, 2010

INFO PERIKANAN


Definisi Ternakan Ikan Sangkar

Ternakan Ikan Sangkar boleh ditakrifkan sebagai suatu proses pemeliharaan ikan
dari peringkat juvenil hingga ke ukuran pasar, di dalam satu isipadu air yang
terkurung disemua permukaannya dengan jaring kasar, tetapi membenarkan aliran
air melalui sangkar tersebut.

Perkembangan Teknik-Teknik Ternakan Ikan Sangkar

Sejarah ternakan ikan sangkar bermula di Asia, iaitu di Tasik Tonle Sap, Kampuchea
dan di Indonesia pada abad ke 19. Pada peringkat awal, rangka sangkar yang
digunakan diperbuat dari buluh dan rotan. Kemudian sangkar-sangkar tersebut
diperkukuhkan dengan menggunakan bahan tiub besi dan dipasangkan kepada tongtong
yang berfungsi sebagai pelampung.

Akuakultur sangkar ikan telah berkembang dengan pesat sejak 20 tahun yang lalu
dan merupakan satu kaedah yang popular digunakan dalam sektor ternakan ikan di
perairan tasek, bekas lombong, teluk dan di persisiran pantai yang terlindung.
Walaubagaimanapun, akibat keperluan yang semakin meningkat dan permintaan
yang terus bertambah serta masalah persekitaran telah mempercepatkan
perkembangan sistem ternakan ikan sangkar ke arah pengggunaan sistem sangkar
yang dapat bertahan di perairan terdedah kepada ombak dan dalam.

Ternakan ikan dalam sangkar di Malaysia telah bermula di Pulau Pinang pada tahun
1970-an dan di Sabah kegiatannya dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan bermula
pada tahun 1976 di perairan Teluk Mengkabong, Tuaran dengan menggunakan
kaedah KAMES (rangka sangkar diperbuat dari kayu pada ukuran 20’x20’ dan
dibahagi kepada 4 petak, menggunakan jaring trawl dan pelampung drum plastik).
Bagaimanapun, kegiatan ternakan ikan sangkar telah lama bermula di Sabah dengan
menggunakan bambu yang berfungsi sebagai pelampung dan juga rangkanya.
Kegiatan ini bertujuan untuk menyimpan hasil tangkapan yang hidup sebelum di
bawa ke pasar mingguan. Teknik-teknik pembuatan sangkar berkembang dengan
menggunakan drum sebagai pelampung, kayu dan jaring ‘purse seine’.

Ternakan ikan sangkar telah menjadi satu aktiviti yang menyumbang kepada
sumber pendapatan nelayan/penternak walaupun dijalankan sebagai kegiatan
sampingan, selain berperanan menambahkan pengeluaran ikan untuk keperluan
pasaran tempatan dan eksport.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl