Featured Posts

March 5, 2010

INFO TERNAK


Definasi fidlot

"Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.

Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. Pengemukan atau peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan. Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (baka KK) yang di fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja. Deposisi lemak adalah terlalu kecil.

Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaranterhadap daging lembu dengan mengembeling segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan secara optimum untuk mendapat keuntungan yang maksimum

Sistem Fidlot

Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia:

i. Sekali masuk - Sekali keluar

Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya

ii. Masuk-Keluar Berterusan

Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap kumpulan, Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan.


Untuk info selanjutnya sila layari http://www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl